FENOMENA bulan purnama penuh yang berlaku pada 1990 kembali melanda Kelantan atau Serambi Mekah apabila Pas menyapu bersih kesemua 14 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Sabtu lalu. Keputusan itu menyaksikan sejarah yang dilakar 32 tahun lalu semasa PRU9 menerusi gabungan Angkatan Perpaduan Ummah (APU), Parti Melayu Semangat 46 (Semangat 46), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim) bersama Pas kembali berlaku. Menariknya PRU15…










