MUKADIMAH Isu kenaikan harga barangan sering menjadi keluhan rakyat. Selepas pelbagai langkah diusahakan kerajaan seperti menyuntik bantuan kewangan serta melaksanakan dasar-dasar monetari, namun harga barang tetap tidak turun-turun. Namun dalam tidak sedar, faktor utama mendorong masalah itu adalah ekosistem perbankan di negara ini. Rupa-rupanya sistem perbankan kita mengakibatkan wang ringgit sentiasa beredar dengan banyak dalam pasaran, mendorong kenaikan harga barangan. Kepada wartawan Utusan Malaysia, FAHMI FAIZ, pakar ekonomi, PROFESOR DR.…










