SEBAIK kaki melangkah di pekarangan sekolah alternatif, Pusat Pembangunan Minda Insan Kampung Tagupi Laut di Lahad Datu, Sabah, terlihat sekumpulan anak kecil sedang mengais pasir bersama dua ekor kambing peliharaan. Bila terlihat rombongan kami tiba, tidak semena-mena mereka menerpa dan menghulurkan tangan untuk bersalam sambil berteriak, “Kami suka cikgu datang!” Raut wajah ceria, berkulit sawo matang, berbaju Melayu oren dan berambut keriting ialah susuk biasa di Kampung Tagupi Laut, mirip dengan mana-mana diri kita yang berketurunan Melayu. Cuma bezanya, mereka tidak memiliki sekeping kad berwarna biru yang menyatakan status warganegara.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya