BENAR, kali ini benar – Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ibu segala pilihan raya. Siapa yang menang, akan terbang tinggi. Yang tersangkut, berkubur terus. Kali ini, tradisi politik terpaksa dilanggar terus. Tiada lagi takut-takut, gusar berdepan risiko. Tidak fikir lagi dambakan kerusi selamat kerana sebilangannya juga mahu tunjukkan dirinya si giant killer atau pembunuh gergasi. Lantas ‘terbang jauh’ ke kerusi Parlimen tertentu untuk tunjukkan taring mereka. Tambun, Gombak, Titiwangsa antara…










