PILIHAN Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang hari pengundiannya sudah ditetapkan pada 19 November ini tidak sama dengan pilihan raya-pilihan raya yang pernah dilalui sebelum ini. Kalau kita lihat Pilihan Raya Umum Ke-10 (PRU10) yang diadakan pada 29 November 1999 (juga musim hujan) ia membabitkan pertembungan reformasi jalanan (ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO) melawan kerajaan yang dilabelkan ‘jahat’ dan ‘zalim’ ketika itu.…










