EKONOMI digital dan Revolusi Perindustrian (IR) 4.0 saling bergantungan antara satu sama lain. Ekonomi digital didefinisi sebagai aktiviti ekonomi dan sosial melibatkan pengeluaran dan penggunaan teknologi digital oleh individu, perniagaan dan kerajaan. IR 4.0 melibatkan kepesatan pendigitalan merentas domain digital, fizikal dan biologi. IR 4.0 akan melonjakkan pertumbuhan ekonomi digital apabila pendigitalan berlaku dengan pesat yang membolehkan penghasilan aplikasi teknologi yang lebih canggih dan inovasi serta kemunculan model perniagaan baharu dalam semua sektor. Oleh itu, pembangunan ekonomi digital merupakan hasil kepada IR 4.0 apabila teknologi digital diterima guna secara meluas.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya