KERAJAAN tidak diam dengan anasir yang cuba merampas kedaulatan tanah air ini secara halus. Jika diserang secara keras, sudah tentu pertahanan negara akan bangkit menentang. Tapi apabila serangan dilakukan secara halus dengan merubah struktur asas negara yang telah dipersetujui dan dimaktubkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan semasa penubuhan negara ini, jarang sekali orang awam memandang berat. Begitulah dalam penerimaan doktrin struktur asas, tidak konsisten dan sering kali diperdebatkan, baik dalam kalangan…










