DALAM hidup berkeluarga, sudah pasti setiap daripada kita impikan sebuah kehidupan sempurna, penuh bahagia dan terhindar daripada sebarang konflik. Namun, kehidupan yang dimulai dengan episod manis kadangkala terpalit dengan krisis hingga menyebabkan kehidupan sesebuah rumah tangga bergolak. Ada pihak yang berjaya menang konflik hingga kekal berhubungan sebagai sebuah keluarga, namun ada sebahagiannya kecundang hingga berlaku perceraian. Biasa kita dengar, apabila berlaku konflik rumah tangga, perbicaraan panjang di hadapan hakim adalah…










