PEMINAT filem Tamil di seluruh dunia sedang menantikan tayangan Ponniyin Selvan yang dijadualkan pada 30 September ini. Khalayak pelbagai kaum di Malaysia juga sedia mengenali pelakon terkenal India seperti Vikram, Aishwarya Rai, Jayam Ravi, Karthi, Trisha, Prabhu, Sarathkumar, Prakash Raj, Parthiban dan Nassar yang terlibat dalam filem ini. Filem arahan Mani Ratnam ini berdasarkan novel terkenal dengan judul sama oleh pengarang terkenal India, Kalki Krishnamurthy (1899-1954) yang aktif menulis esei…