Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam ucapan sulungnya setelah dilantik sebagai Perdana Menteri mengeluarkan ‘kata kunci’ amat penting bagi seluruh pimpinan negara dan rakyat, iaitu konsep dan istilah Keluarga Malaysia. Istilah keluarga merupakan satu simbol budaya dan sistem kemasyarakatan bagi semua kaum di negara ini. Istilah ini masih kita kekalkan dari sudut konsepnya, sama ada berkeluarga secara keturunan dan darah yang sama, atau pembentukan keluarga melalui perkahwinan dengan segala hubungan…










