PADA minggu ini, masyarakat dunia umumnya serta rakyat Jepun khususnya memperingati kemusnahan bandar raya Hiroshima dan Nagasaki, 77 tahun dahulu akibat penggunaan senjata bom atom pada 6 dan 9 Ogos 1945. Dalam peristiwa hitam berkenaan, tentera berikat diketuai Amerika Syarikat (AS) menggugurkan bom atom ke atas kedua-dua bandar raya terbabit bagi mengakhiri Perang Dunia Kedua (1939-1945). Pengguguran senjata bom atom berkenaan menyebabkan kemusnahan teruk dan kehilangan banyak nyawa tidak bersalah termasuk wanita, warga tua serta kanak-kanak, beratus ribu jumlahnya. Tidak dapat dipastikan sehingga kini jumlah sebenar mangsa yang terlibat dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya