MENJADI hak mutlak rakyat untuk mengibar bendera negara mereka, malah sesiapa sahaja boleh mengibar bendera mana-mana negara asalkan diikuti panduan berkenaannya. Sehubungan ini, ia yang dikaitkan dengan patriotisme ditegah daripada diperlaku dalam bentuk tertentu, apatah lagi dengan sewenang-wenangnya. Antaranya mengenakannya sebagai pakaian serta perhiasan dan lain-lain. Mengikut panduan umum mengenai bendera tanpa mengira apa-apa yang diwakilinya lebih-lebih lagi bendera negara, ia tidak boleh sesekali dijadikan pakaian dalam sebarang corak sama…










