PERSOALAN sejauh manakah filem yang berinspirasikan sejarah, apatah lagi yang mengaku berdasarkan sejarah sebenar, perlu menepati fakta sejarah sepenuhnya, sudah lama berlegar dalam industri perfileman di seluruh dunia. Dengan ini, Malaysia juga tidak terkecuali dalam pembikinan filem sedemikian, termasuklah siri televisyen. Sehubungan ini, seperkara penting yang langsung tiada kompromi ialah ketepatan fakta sejarah. Ia penting bukan sahaja untuk membawa kembali sesuatu kejadian sejarah yang diangkat itu untuk betul-betul difahami oleh…










