AKTA Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) telah dikuatkuasakan pada 2012. Akta ini digubal untuk mengadakan peruntukan bagi langkah-langkah khas yang berkaitan dengan kesalahan keselamatan dan bertujuan untuk mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan serta bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Disebabkan kerumitan untuk menyiasat kes-kes kesalahan keselamatan seperti keganasan yang bersifat rentas sempadan, sindiket penyeludupan migran, jenayah terancang dan sebagainya maka subseksyen 4(5) SOSMA memperuntukkan bahawa seorang pegawai polis yang berpangkat…










