“AQILAH, awak di mana? Balik pejabat, tengok semula artikel yang awak hantar.” Itu antara arahan yang diterima ketika dalam tempoh tiga bulan pertama bergelar kadet wartawan. Ketika itu, saya dalam perjalanan pulang ke rumah dan terpaksa berpatah balik ke pejabat selepas mendengar suara ‘petir’ seorang pengarang berita yang menghubungi saya. Sebaik sahaja tiba di pejabat, saya terus membaca artikel yang ditulis berulang kali. Rasanya lebih lima kali tapi masih tidak…










