JALAN Temiang-Pantai dekat Seremban, Negeri Sembilan yang dikatakan cantik pemandangan sekitarnya seperti di New Zealand sewajarnya dijadikan lokasi pelancongan. Kebelakangan ini, jalan tersebut menjadi kontroversi disebabkan pengguna gemar mengambil gambar sekali gus berisiko menjadi punca kemalangan. Awal bulan ini, seorang lelaki warga emas maut selepas basikal ditungganginya dilanggar sebuah kereta di laluan itu. Dalam pada itu, pengguna juga diarahkan oleh pihak berkuasa supaya tidak berhenti di tepi jalan bagi memastikan…










