TERDAPAT kekeliruan fakta dan pendapat dalam pernyataan Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang tentang isu penggunaan bahasa Melayu. Sokongan dan jaminan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Zuki Ali tentang penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi perlu dilihat dalam konteks pematuhan penjawat awam kepada dasar dan undang-undang negara. Penegasan KSN bermaksud semua penjawat awam mesti melaksanakan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi. Kit Siang perlu merujuk kepada Perkara…










