BIDANG kewartawanan berkembang seiring peredaran zaman kerana ia merupakan profesion kedua tertua di dunia. Malah, disiplin ilmu ini turut memainkan peranan amat penting dalam kemerdekaan sesebuah negara termasuk Malaysia. Sesiapa pun tidak mampu menyangkal bahawa akhbar adalah pemain utama dalam menyemarakkan obor perjuangan ketika era penentangan penjajah. Dari zaman kolonial British, penaklukan Jepun sehinggalah prakemerdekaan, media cetaklah yang memainkan peranan. Tapi sayangnya pada hari ini akibat ledakan teknologi, akhbar dan…










