PENUBUHAN Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF) oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, melalui Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) sebagai pengasas berkait rapat dengan perjalanan penuh liku industri minyak sawit Malaysia menyambut ulang tahun ke-105 pada tahun ini. Sejarah industri minyak sawit di negara ini bermula pada 1917 dengan pembukaan ladang kelapa sawit secara komersial yang pertama iaitu Ladang Tennamaran, Batang Berjuntai (kini Bestari Jaya) di Kuala Selangor. Sejak…










