PADA Mei lepas UMNO telah mengadakan persidangan khas bagi tujuan mengabsahkan usul pindaan perlembagaan supaya pemilihan parti diadakan dalam tempoh enam bulan selepas pilihan raya umum (PRU). Mereka bersetuju pindaan perlembagaan dan sekarang ini usul pindaan telah sampai kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). Keputusan diluluskan atau tidak tertakluk pada jabatan tersebut. Di sebalik pindaan itu, yang dikatakan bertujuan membendung perpecahan dalaman parti, beberapa dalam kalangan UMNO mahu PRU disegerakan.…










