KALAU boleh banyak yang berhasrat menukar kereta, bukan 10 tahun tetapi lima tahun sekali. Ini sama dengan jangka masa ‘menukar’ wakil rakyat dalam pilihan raya umum. Bagaimanapun, tidak semua orang mampu dan mudah membeli kereta baharu. Bayaran pendahuluan dan ansuran bulanan amat membebankan. Sekalipun kalau dikira belanja selenggara selama 10 tahun itu tinggi, tetapi tidak membebankan seperti membeli kereta baharu. Maka apabila sekumpulan pakar mencadangkan supaya kerajaan melupuskan kereta yang…










