TANPA ribut tanpa angin, ada seorang timbalan pengerusi UMNO negeri menyelar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan menyifatkan beliau sebagai Perdana Menteri UMNO yang bercelaru, menjadi ‘tebusan’ pihak tertentu dan paling lemah dalam sejarah negara. Alasan pemimpin UMNO negeri ini, Ismail Sabri dikatakan lambat membuat keputusan mengenai kedudukan menteri Kabinet, Datuk Zuraida Kamaruddin yang keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) pada 26 Mei…










