KONVENSYEN gilang-gemilang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada awal bulan ini sempena ulang tahun ke-48 Barisan Nasional (BN). Penubuhan BN berputik daripada Parti Perikatan yang telah menyumbang besar terhadap kemerdekaan negara. Apabila tercetusnya ketegangan kaum pada 1969, Parti Perikatan dijenamakan sebagai BN untuk mengelak politiking yang boleh mencetuskan perpecahan antara kaum dan sebaliknya menumpukan kepada perpaduan dan pembangunan negara. Parti Perikatan yang awalnya dianggotai tiga parti utama…










