BERGURAU adalah sebahagian daripada fitrah hidup manusia. Jika kita serius sepanjang masa, hidup akan menjadi amat membosankan. Di rumah, kita bergurau dengan pasangan dan anak-anak. Di tempat kerja, kita bergurau dengan rakan yang rapat dan rakan sekerja lain. Begitu juga dalam mesyuarat dipengerusikan oleh seorang yang pandai bergurau, pastinya lebih menyeronokkan berbanding pengerusi yang serius sepanjang masa. Islam tidak menafikan fitrah suka bergurau dalam diri manusia. Diriwayatkan Rasulullah SAW juga…










