MUDAH melontarkan kata ‘gila’ kepada orang yang hendak mengangkat bahasa negara ke mercu maruahnya yang hak. Soalnya, siapa yang gila? Gilakah Perdana Menteri kerana hendak memperkukuh kedudukan dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa negara seperti ketetapan Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan, Akta Pendidikan dan undang-undang lain? Gilakah beliau kerana menetapkan bahasa Melayu untuk urusan kerajaan di luar negara? Jika demikian, banyak pemimpin dunia yang gila kerana menggunakan bahasa kebangsaan mereka…










