SAYA dilahirkan di sebuah kampung baru Cina di Yong Peng, bahagian tengah Johor. Sungai Bekok mengalir merentas pekan saya. Kawasan kediaman di tempat saya dibangunkan bermula dari tebing sungai. Mengikut kajian sejarah, pekan itu dibuka oleh seorang peneroka keturunan Teochew digelar Kangchu (pemimpin tepi sungai) seawal 1848 di bawah naungan Temenggung Johor, Sultan Abu Bakar. Pada waktu itu, tenaga kerja dibawa masuk dari China untuk mengusahakan tanaman gambir dan lada…










