ALHAMDULILLAH, hari ini kita sudah berada dalam 5 Syawal. Maknanya, sudah lima hari kita kembali kepada fitrah iaitu sudah boleh makan pada waktu siang hari dan tidak lagi menjalani ibadat puasa. Rata-rata sebahagian besar umat Islam menyambut Aidilfitri tahun ini dalam suasana lebih meriah. Tidak lagi terikat dengan larangan perintah kawalan pergerakan yang mana dalam tempoh dua tahun lalu, pergerakan beraya di kampung disekat. Hanya boleh menyambut hari lebaran di…