Tom Holland cedera, tayangan Spider-Man 4 bakal ditangguh lagi - Utusan Malaysia

Tom Holland cedera, tayangan Spider-Man 4 bakal ditangguh lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon Britain, Tom Holland, 29, dikejarkan ke hospital selepas terjatuh ketika melakukan aksi ngeri di set penggambaran Spider-Man: Brand New Day di Leavesden Studios, Watford.

Menurut laporan, Tom mengalami gegaran otak dan kini sedang berehat, menyebabkan penggambaran filem bernilai jutaan ringgit itu terpaksa ditangguhkan beberapa minggu.

Bapanya, Dominic, ketika ditemui di sebuah majlis amal di Mayfair, mengesahkan anaknya akan direhatkan buat sementara waktu.

Menariknya, Tom sempat hadir ke majlis bersama tunangnya yang juga bintang filem tersebut, Zendaya, 28. Bagaimanapun, pelakon berkenaan meninggalkan majlis lebih awal kerana keadaannya yang tidak begitu sihat.

Pada awal tahun, pihak Marvel telah menetapkan tarikh tayangan Spider-Man 4 ke 31 Julai 2026. Namun, insiden yang mengejutkan ini berkemungkinan besar akan menjejaskan jadual tayangan sekali lagi.

Selain projek Marvel, Tom dan Zendaya juga kini sibuk dengan projek besar lain iaitu The Odyssey, adaptasi epik Homer arahan pengarah tersohor Christopher Nolan.

Walaupun senarai pelakon penuh masih belum disahkan, khabar angin menyebut Tom akan digandingkan dengan bintang Stranger Things, Sadie Sink, 23, selain Zendaya yang kekal memegang watak MJ, kekasih Peter Parker.

Sebelum ini, Tom sempat mencuri perhatian peminat apabila memperkenalkan kostum Spider-Man terbaharunya menerusi perkongsian satu klip pendek di media sosial rasmi filem berkenaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN