DALAM keterujaan kita menyambut gagasan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kedua ASEAN dan seterusnya pula selaku bahasa antarabangsa, pelbagai dalil dihujahkan sehingga sesetengahnya dijalar-jalarkan tanpa logik bernas. Antaranya, nilai ekonomi rendah bahasa Melayu yang perlu diakui untuk dipertingkat dan bukannya disanggah keras dengan hujah meleset kerana semata-mata tidak mahu menerima hakikatnya. Dari satu segi, ini memperlihat semangat tinggi manakala pada segi lain, ia tidak berupa hujah pintar apabila dibahas golongan…