PADA masa ini, Malaysia mengimport bekalan daging mentah dari 50 rumah sembelihan dan loji pemprosesan di pelbagai negara bagi memenuhi keperluan bekalan daging mentah dari sudut peruncitan dan perindustrian. Proses pengimportan daging mentah tersebut melalui satu prosedur yang ketat dan terperinci sebelum kelulusan untuk mengeksport diberikan melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) selaku agensi berautoriti dalam mengeluarkan permit import kepada syarikat pengimport. Antara negara-negara yang mengeksport daging ke Malaysia adalah India,…