Dari tertuduh ke saksi

Dari tertuduh ke saksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMUA pihak boleh dijadikan saksi di mahkamah walaupun orang itu terlibat atau terkait dengan transaksi yang korup. Pokoknya, pendakwaan itu perlu mendapat kolaborasi.

Tak kisah siapa pun, mahkamah boleh memanggilnya. Dalam banyak kes begitu juga. Ia dipanggil saksi pendakwa.

Adalah tidak mustahil untuk menjadikan tertuduh sesuatu kes sebagai saksi. Ia demi memastikan keterangan saksi tersebut dapat menunjukkan bagaimana aktiviti haram itu berlaku. Antaranya, rasuah atau pengubahan wang haram dilakukan. Dan bagaimana hasil haram tersebut diagihkan kepada mereka yang terlibat. Ini kerana asas undang-undang ialah mahkamah memerlukan bukti sokongan dan keterangan yang kukuh.

Dalam kes rasuah secara bergerombolan, mana-mana individu yang terlibat namun bukan sebagai suspek utama atau disebut dengan istilah particeps criminis, dia boleh dijadikan saksi. Ini bagi tujuan memberi keterangan yang kukuh, sekali gus berjaya dalam pertuduhan itu.

STRATEGI

Perkara seperti ini pernah berlaku terhadap Pengarah Ditamas, Datuk Shamsuddin Hayroni yang pada mulanya dituduh bersubahat dengan bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Khir Toyo berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo di Shah Alam. Namun dia dibebaskan dan menjadi saksi utama pihak pendakwaan.

Dalam kes seumpama ini, pihak pendakwaan memerlukan keterangan saksi yang benar-benar mengetahui berkenaan dengan perbuatan rasuah yang berlaku bermula dari awal sehingga akhir, sedangkan individu itu dalam kalangan tertuduh sendiri.

Atas faktor inilah pihak pendakwaan perlu menyusun semula strategi pendakwaan bagi memastikan kejayaan kes yang sudah pastinya menjadi tumpuan segenap lapisan masyarakat.

Namun begitu, percaturan tersebut perlulah adil kepada semua pihak kerana jenayah dan kesan ketirisan yang berlaku juga perlu diambil kira.

Pemilihan strategi yang bakal digunakan bergantung kepada kesesuaian, keseimbangan risiko, kebolehan untuk mengumpul bukti dan lain-lain faktor yang boleh menentukan kejayaan atau kegagalan kes.

Dalam kes tertentu, tertuduh yang menjadi saksi itu juga tidak terlepas daripada hukuman. Misalnya ada harta mereka dilucut hak atau dikenakan kompaun.

Bagaimanapun, implikasi terhadap perkara seumpama ini ialah ia akan menimbul persepsi negatif masyarakat yang hanya melihat perkara itu secara tidak mendalam serta pukul rata bagi semua kes. Sedangkan setiap kes itu mempunyai ‘sifat’ yang berbeza-beza.

Persepsi atau telahan seumpamanya itu tidak dibuktikan dalam mahkamah. Itu yang disebut orang. Ramai pihak disebut juga. Jadi, siapa pun boleh diambil sebagai saksi. Itu memang cara pendakwaan berjalan, tinggal lagi boleh tak boleh, itu bukan soal undang-undang.

IKAN BILIS, JERUNG

Tidak dapat dipastikan negara-negara lain yang turut melakukan perkara yang sama seperti mahkamah di negara ini. Namun secara asasnya, perkara ini adalah strategi pendakwaan.

Di negara-negara Barat, praktis yang sama sebagaimana di mahkamah Malaysia juga. Undang-undang negara ini mirip undang-undang Barat juga. Tanggungjawab Kuala Lumpur berasaskan kepada common law Britain. Kanun Keseksaan negara ini berasaskan penal code India. Semua proses, yakni menggunakan mereka yang disyaki suspek di peringkat awal, boleh dijadikan saksi. Dalam keagamaan, ia mungkin tak beberapa molek.

Persepsi nilai mungkin tak begitu cocok. Tetapi ia tidak terbukti di mahkamah. Ini masalahnya, kita dari luar mahkamah ‘menyangka atau mendengar khabar sahaja.’ Padahal itu bukan pembuktian dalam mahkamah. Kalau terbukti, dalam mahkamah mesti dilalui prosesnya dahulu.

Siapapun individu yang diambil sebagai saksi terhadap ‘ikan bilis atau jerung’, segalanya ini berkisar gejala rasuah – penyakit orang Melayu. Ini yang menjadi masalah besar. Ia persoalan nilai masyarakat yang sudah retak, pecah.

Hari ini nilai yang benar tidak lagi nilai yang utuh, tetapi orang sudah terbalik, songsang.

Dalam konteks ini, ketua penyangaknya mesti dibicarakan dan bila mana didapati bersalah, akan dihukum. Itu proses yang berjalan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya