RAMADAN yang datang saban tahun menjadi medan mendidik umat menjadi lebih berkualiti dan menjunjung akal budi yang tinggi. Ramadan menjadikan kita lebih berdisiplin dalam menjalani kehidupan dan mengharungi cabaran yang ada. Mereka yang berpuasa juga perlu bersifat sabar dalam menjalaninya dengan mengatakan, “Aku berpuasa” tiap kali diduga sesuatu perkara yang boleh menjejaskan pahala puasa apatah lagi membatalkan ibadah yang dilakukan. Ini termasuklah apabila seseorang yang berpuasa dicabar untuk melakukan perkara…










