PADA 10 April 2021, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dalam satu kenyataan menyebut istilah ‘khemah besar.’ Kenyataan yang dikeluarkan selepas pemukiman PH di Port Dickson, Negeri Sembilan itu boleh dilihat sebagai cerminan semangat baharu kepada kebangkitan semula perpaduan dan iltizam bagi pucuk pimpinan gabungan politik berkenaan dalam meneruskan usaha reformasi negara. Pucuk pimpinan PH berazam untuk terus gigih menjuarai aspirasi rakyat dengan mengambil pendekatan khemah besar bagi menyatupadukan rakyat dari…