USAHA untuk memperkasa kedudukan bahasa Melayu selaku bahasa negara khususnya sebagai bahasa rasmi terus diselar beberapa pihak termasuklah etnik Melayu sendiri. Langkah yang diambil kerajaan itu bukan sahaja dibantah keras sebagai satu kemunduran, ia juga diperlekeh habis-habisan sehingga ke bentuk penghinaan peribadi terhadap pihak tertentu. Sesungguhnya usaha kerajaan ini bukan sekadar bersifat proaktif, ia iltizam politik, yakni kesungguhan melakukan perubahan dasar untuk menyelesaikan masalah genting negara. Ini kerana selama ini usaha pemerkasaan bahasa negara rata-ratanya bersifat acuh tidak acuh, iaitu amat kurang keghairahan dan keazamanya secara konsisten sehingga kesan positifnya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya