SEORANG pengamal media tanya saya hujung minggu lalu, apakah benar tindakan sesetengah pihak yang mengaku waris Sultan Sulu menuntut bayaran daripada kita itu menggugat kedaulatan negara? Saya katakan kepadanya, terdapat pelbagai naratif oleh beberapa pihak mengenai isu ini hinggakan rakyat keliru yang mana satu betul. Adalah sukar bagi seseorang itu memahami isu ini kecuali dia bersedia mengkaji dokumen sejarah mengenai kes ini, meneliti rekod mahkamah mengenainya dan ada ilmu asas…










