SEMUA maklum kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menunjukkan iltizam penuh untuk merealisasikan titah nasihat Raja-Raja Melayu mengenai perlunya pendekatan baharu kerjasama dwipartisan untuk mengembalikan kestabilan politik demi menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara. Bagi memenuhi objektif yang murni ini, kerajaan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik dengan Pakatan Harapan (PH) selaku blok pembangkang pada 13 September 2021. Alhamdulillah, setakat hari ini, MoU tersebut…