KITA baru sahaja menyaksikan pilihan raya sebuah negeri. Kini terdengar pula desakan untuk diadakan pilihan raya umum. Apa pun, tujuan utama pilihan raya, negeri atau umum adalah untuk memilih parti yang paling mampu memimpin negara. Dengan tidak langsung merujuk kepada seorang pemimpin yang berwibawa dalam menyempurnakan amanah rakyat. Ramai yang menyangka ini adalah suatu perkara mudah. Dari satu segi, ada kebenarannya. Kelaziman, ketua parti yang menang akan dilantik sebagai pemimpin.…