Selidik calon, pangkah pemimpin berintegriti

Selidik calon, pangkah pemimpin berintegriti

JANGANLAH disebabkan mendapat sedikit ‘imbuhan’ maka ada yang sanggup mengundi pemimpin tidak berintegriti. – UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PARA pengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diminta membuat penentuan dengan memilih pemimpin yang benar-benar berintegriti serta menolak segala kemungkaran.

Untuk merealisasikan langkah itu menjadi suatu realiti, pengundi hendaklah keluar beramai-ramai untuk mengundi. Kesempatan keluar mengundi jangan dilepaskan dan pengundi perlu menggunakan peluang yang ada bagi menyatakan inspirasi mereka dengan menolak apa jua kemungkaran.

Pengundi juga jangan melepaskan hak serta peluang yang ada bagi memilih kerajaan negeri yang stabil serta berintegriti. Pengundi mesti tahu mana yang benar dan yang salah, tolak kemungkaran. Pilihlah pemimpin yang berintegriti.

Untuk itu gunakan kesempatan yang ada dengan keluar mengundi. Jangan nanti selepas selesai PRN, baharulah nak lahirkan rasa sesal kerana tidak keluar mengundi.

Rakyat juga harus tahu menilai seseorang pemimpin itu sebelum membuat pilihan. Berlapang dadalah apabila memilih pemimpin dalam PRN Johor.

Janganlah disebabkan mendapat sedikit ‘imbuhan’ maka ada segelintir yang sanggup mengetepikan prinsip diri dengan memilih pemimpin tidak berintegriti.

Pengundi juga harus tahu menilai seseorang pemimpin dan paling penting ialah pemimpin yang sentiasa membela nasib rakyat. Pilihlah pemimpin yang mengutamakan kebajikan rakyat dan dapat menyelesaikan masalah rakyat. – UTUSAN

DATUK DR. ZULKIFLI ABDUL AZIZ
Setiausaha Penerangan
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN