CUBA taip perkataan ‘janda’ atau ‘ibu tunggal’ dan tekan butang Cari di laman media sosial seperti Facebook. Anda akan menemukan pelbagai hasil carian yang jelik dan jijik. Begitu juga akaun dan kumpulan komuniti dalam media sosial lain yang pada dasarnya cuba merendah-rendahkan golongan ini malah tidak kurang berbaur lucah. Persoalannya, kenapa perkara seumpama itu masih berlaku ketika kita sudah lebih dua dekad hidup dalam alaf baharu? Kenapa memberi persepsi buruk dan serong kepada wanita-wanita Melayu Islam ini? Itu paling mengharukan. Hakikatnya, imej yang cuba dipotret oleh mereka yang tidak bermoral…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya