KETIKA ini, hampir semua pihak tertumpu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor memandangkan keputusannya nanti dianggap begitu besar signifikan kepada perjalanan politik tanah air. Ramai pemerhati politik melihat keputusan PRN ini sebagai gambaran kepada keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti. Lebih menarik, PRN ini merupakan pentas sulung bagi dua parti bongsu, iaitu Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). Malah, PRN ini juga menjadi titik mula…










