Negara dahulu, politik kemudian - Utusan Malaysia

Negara dahulu, politik kemudian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Mukadimah

DALAM pertemuan setengah jam dengan Utusan Malaysia di ibu negara baru-baru ini, Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), DATUK HUAN CHENG GUAN banyak membangkitkan isu peri pentingnya kestabilan dan ekonomi.

Kepada wartawan ZULKIFLI JALIL, beliau mahu semua pihak memikirkan bagaimana untuk meyakinkan negara-negara luar supaya melabur kembali di Malaysia. Cheng Guan turut berkongsi hala tuju PCM menuju Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

UTUSAN: Apa pengamatan PCM tentang Malaysia hari ini?
CHENG GUAN: Selepas 22 bulan, kita terpaksa hadapi pascapandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Keadaan ekonomi nampak sukar. Banyak perniagaan tutup kedai, ramai hilang kerja, rakyat sekarang sedar daripada mimpi dan mereka hendakkan kerajaan yang stabil.

Kita sudah tukar tiga Perdana Menteri. Kita tidak mahu tukar lagi. Kita tidak mahu jadi seperti Jepun dan Thailand yang bertukar Perdana Menteri.

Sekarang hendakkan kerajaan stabil dan lengkapkan satu penggal, baru boleh buat kerja. Kalau negara luar hendak melabur, mereka yakin.

Kalau kerajaan bertukar, mereka tak yakin sebab perjanjian selepas itu jadi pusingan U, siapa nak datang melabur? Kita lihat China, banyak melabur di Indonesia, negara-negara Arab pun ke sana. Kalau dahulu lain, semua bertumpu ke Malaysia, hanya selepas itu ke negara lain. Ini kerugian amat besar kepada negara.

Jadi, apa usaha mahu mengembalikan semula kedudukan Malaysia?
Rakyat kena mainkan peranan dengan memberi mandat kepada kerajaan Perdana Menteri sekarang. Jangan 50-50. Itu susah. Pelabur sekarang berdepan masalah Covid-19. Mereka tidak dapat sewenang-wenang datang ke sini kerana perlu kuarantin. Banyak masa terbuang, sekali keluar negara untuk bisnes dan serentak itu untuk kuarantin. Jadi, kalau mereka yakin, tidak ada isu untuk ke sini.

Vietnam dan Indonesia nampak lebih berdaya saing, tapi kita pula masih ketinggalan walaupun isunya sama dilanda Covid-19. Ya, dahulu kita harimau, sekarang di belakang umpama kucing. Ini kerana politik mereka stabil walaupun hadapi pelbagai masalah. Tidak seperti kita, huru-hara politiknya.

Apa yang akan menarik minat rakyat semasa kempen PRU15 nanti?
Pertama, kestabilan politik. Keduanya, ekonomi. Macam mana hendak meyakinkan negara luar untuk melabur balik di Malaysia? Buka kilang.

Ingat! kita masih ada 700,000 orang tiada kerja akibat pandemik. Ini dua faktor penting.

Ketiga, saya mohon pemimpin-pemimpin jangan kira politik sangat. Kita kena kira negara dahulu, apa masalahnya untuk kita fikir sendiri. Kena give and take sebab semuanya untuk negara.

Mencari calon boleh menang, berwibawa

Apa perancangan PCM hadapi PRU15?
Pengerusi Barisan Nasional (BN) sudah menyatakan parti-parti seperti MCA dan MIC akan kekal bertanding di kerusi tradisi. Begitu juga parti gabungan lain (mesra BN), juga akan diberi kerusi untuk bertanding. Bermakna gabungan BN yang ada kini iaitu PCM, Makkal Sakthi, IPF, MUIP dan parti Benggali Sikh akan diberikan kerusi bertanding.

Ini juga kerana parti Gerakan tiada lagi dalam BN setelah keluar selepas BN kalah PRU14. Maka kita boleh bertanding di kerusi-kerusi yang dikosongkan oleh Gerakan.

Dalam hal ini, kita tidak ambil kerusi daripada orang lain. Juga pada masa sama, MIC dan MCA kekal bertanding.
Kerusi-kerusi untuk bertanding bukan masalah besar dalam PRU15. Paling penting, kita harus cari calon yang berwibawa untuk bertanding dan menang.

Peluang BN dalam PRU15?
Kalau lihat trend sekarang, di PRN Melaka (20 November) dan PRN Sarawak (18 Disember), nampak ada banyak perubahan. Ini terutama kebanyakan sokongan rakyat sudah balik kepada BN. Rakyat sudah sedar selama 22 bulan dalam Pakatan Harapan, mereka kena ‘tipu’ hidup-hidup. Macam-macam janji ditabur, malangnya semua tidak terbuat.

PCM jangka tanding berapa kerusi?
PCM akan bertanding. Cuma terpulang berapa kerusi BN akan berikan.

Kita tiada masalah, tetapi di kawasan Cina bukan mudah cabarannya, khususnya di Pulau Pinang. Walaupun ada perubahan tetapi ia tidak begitu ketara. Jika dilihat kawasan DAP, mereka menang sampai 40,000 hingga 50,000 undi.

DAP masih dominan?
Di kawasan Cina. Mana pernah (mereka menang) di kawasan Melayu? Kalau tanding, pasti kalah. Memang ada perubahan besar semasa PRN Sarawak dengan DAP kalah teruk sebab rakyat semakin sedar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya