Wanita ditemukan tergantung dipercayai dibunuh

Wanita ditemukan tergantung dipercayai dibunuh

WAN AZLAN WAN MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang wanita yang ditemukan tergantung pada kipas di ruang tamu kediamannya di USJ 2/1, di sini Khamis lalu dipercayai dibunuh.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya menerima panggilan pada 11.55 pagi memaklumkan wanita berusia 20-an ditemukan maut.

Menurutnya, pemanggil iaitu bapa kepada mangsa mendapati wanita itu dalam keadaan tergantung pada kipas di ruang tamu tingkat dua rumah. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bedah siasat dijalankan oleh pakar patologi, Hospital Serdang dan mengesahkan punca kematian mangsa adalah pendarahan di sekiling “hyoid bone” (tulang leher),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azlan berkata, siasatan mendapati kecederaan yang terjadi pada otot dan tulang adalah akibat dicekik (manual strangulation).

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan motif kejadian,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini di media sosial. 

“Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah ini supaya tampil memberi kerjasama kepada pihak polis melalui nombor telefon 03-278627100 (Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya) atau Pegawai Penyiasat Asisten Superintenden Zainol Aazizi Abu Bakar iaitu 013-3227632,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini