PAGI Ahad lalu seorang sahabat bertanya kenapakah cadangan kerajaan meminda Akta 342 itu menimbulkan keresahan? Saya jawab ada beberapa sebab; antaranya ada pihak yang melihatnya sebagai sesuatu yang dilakukan secara tergesa-gesa. Pada 15 Disember lalu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyatakan cadangan Kementerian Kesihatan membentangkan rang undang-undang (RUU) untuk meminda Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342) wajar diteliti semula. Kata beliau, terdapat hukuman dalam pindaan…










