PERTAMA sekali, Persidangan Agung Tahunan Kelima Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Ahad ini, sesekali tidak berniat memberi amaran atau isyarat kepada mana-mana parti di dalam atau luar Perikatan Nasional (PN). Sebaliknya meminta semua pihak bersikap terbuka terhadap aspirasi akar umbi yang menyuarakan pembaharuan dan perubahan kepada politik serta kerajaan. Susulan suasana politik dan pentadbiran kerajaan yang berkecamuk sekarang, rakyat berasa muak dan tidak mahu lagi berada dalam lingkungan yang…










