ADA yang setuju, ada yang bantah berkaitan menghidupkan semula projek mega kereta api berkelajuan tinggi (HSR) yang dibatalkan pada Januari lalu dengan penalti dibayar kepada kerajaan Singapura. Yang membantah beri alasan kos pembinaan terlalu besar sehingga boleh menjejaskan kedudukan kewangan negara pada masa kini. Bagi yang setuju, seperti dijangkakan, projek ini akan memanfaatkan ekonomi tempatan dari segi peluang perniagaan dan pekerjaan dalam industri pembinaan dan logistik serta pemindahan teknologi dan…










