SEPERTI yang dimaklumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Bajet 2022 yang dibentangkan di Parlimen pada 29 Oktober lalu terhasil daripada siri turun padang dan jelajah negeri, perbincangan dengan lebih 30 sesi kumpulan fokus dan 80 sesi sumbang saran bersama ahli-ahli Parlimen merentasi doktrin politik. Lebih jauh lagi, selaras dengan Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai kerajaan bersama Pakatan Harapan (PH) pada 13…










