PADA Januari lalu, tular dakwaan tanah rizab Melayu (TRM) seluas 641.6 hektar di mukim Sitiawan, daerah Manjung, Perak dipindah milik kepada orang bukan Melayu sejak 2005. Lebih menyedihkan apabila pegawai Melayu sendiri dipercayai menjadi dalang penyelewengan itu. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera membuat siasatan terperinci. Menteri Besar Perak pada Februari lalu menyampaikan berita melegakan, iaitu tanah berkenaan yang digazetkan pada Januari 1930 masih kekal statusnya. Rentetan peristiwa yang mendebarkan…










