Pusingan 1 tiada pemenang... - Utusan Malaysia

Pusingan 1 tiada pemenang…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELEPAS melepasi tujuh hari atau seminggu berkempen di Melaka yang hari ini 15 November 2021 masuk pusingan kedua pula, masing-masing gabungan parti terus memburu pengundi mereka.

Di Asahan, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan jentera PKR-nya yang rata-rata anak muda lingkungan umur 20-an dan 30-an sudah dua minggu berkampung di situ. Misinya untuk memenangkan seorang bekas ketua menteri di situ.

Turun saya (penulis) menjenguk, mendengar dan bertanyakan orang di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sana, pusingan pertama kempen ini Utusan Malaysia difahamkan, telah meletakkan kedudukan getir buat mana-mana gabungan parti. Khususnya buat yang disebut-sebut boleh menang (favourite).

Isu wibawa calon dalam kategori ‘tahan lasak atau benar-benar seorang pejuang’ yang dalam bahasa Inggeris disebut fighter menjadi pengamatan besar pengundi.

Meletakkan kebanyakan muka baharu ketika kempen tidak dibenarkan – dengan pelanggaran SOP (prosedur operasi standard) amat ketat kalangan calon dan jurukempen sudah pun kompaunnya cecah kira-kira RM150,000 – dikatakan strategi kurang bijak.

Dipersoalkan kenapa tidak kekalkan sahaja sebahagian besar calon lama. Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ini bukankah menjadi air muka pilihan raya umum (PRU)? Bila disebut nama si polan itu, terus pengundi sudah tahu, ha…kenal dah. Apa lagi dikatakan orang muda Melayu ini sampai kena gegar untuk disuruh mengundi.

“Kebanyakan yang mengundi ini yang Melayunya 40 tahun ke atas. Takkan nak tunggu lima tahun lagi,” kata seorang jurukempen kepada saya di Asahan, kelmarin.

PUTIH DAN KELABU

Baik Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan apa lagi Perikatan Nasional (PN), ketiga-tiganya terus dibelenggu persoalan sukar untuk mengesahkan data menang menerusi bilik perang mereka. Yang menjadi dilema pucuk pimpinan setiap parti bila dimajukan kad laporan adalah, “tidak ada yang buruk, semuanya putih belaka. Kerusi ini macam mana Tok…putihhh. Padahal kelabu, nak ke hitam.

Pasal apa jadi begini? Supaya ketua-ketua di Pusat Daerah Mengundi dapat laporan yang bersih belaka. Sepatutnya bila khabar diterima negatif, terus segera membaikinya. Masih ada berbaki lima hari lagi menjelang pengundian Sabtu 20 November ini.

Isu soal siapa yang kerap turun padang menyelesaikan masalah sekecil bonggol di kawasan penempatan penduduk pun menjadi pertimbangan besar pengundi memilih calon. Ada yang terbukti amal bakti mereka sebelum jadi calon lagi. Cakap sahaja kehendak atau kemahuan peniaga, “engkau nak meja, kerusi”, terus dapat. Tidak ada ‘orang tengah’ yang dihantar, tuan punya badan sendiri turun padang. Adakah Pengkalan Batu dan Tanjung Bidara menarik perhatian pengundi lulus atau tidak calon ini dalam soal khidmat bakti?

DEMOGRAFI UNDI

Selepas tujuh hari berkempen, objektifnya kesemua parti khususnya BN dan PH masih lagi terus ‘berkira-kira’ untuk menang. Ada sembilan DUN yang sudah menjadi rahsia umum kerusinya panas. Majoriti tipisnya kurang 1,000 undi diraih penyandang semasa PRU-14, iaitu:

DUN Penyandang Majoriti:
1. N4 Lendu
Sulaiman (BN) 627
2. N5 Taboh Naning
Latifah (BN) 740
3. N7 Gadek
Saminathan (DAP) 307
4. N9 Durian Tunggal
Mohd. Sofi (Amanah) 763
5. N10 Asahan
Abdul Ghafar (BN) 275
6. N12 Pantai Kundor
Nor Azman (BN) 772
7. N14 Klebang
Gua Teck (PKR) 789
8. N25 Rim
Ghazale (BN) 536
9. N27 Merlimau
Roslan (BN) 130

Oleh kerana kesemua DUN ini dikira sebagai underdog, ia memerlukan langkah bersistematik untuk pastikan undi yang diraih memberi kekuatan kepada defisit undi yang dikira sebelum ini.

Harus ada satu kerja yang ‘berkira-kira.’ Tidak boleh ambil mudah. Kira satu persatu. Misalnya, komposisi PH yang dahulu anggotanya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), selain yang kekal PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah). Kita sedia maklum, Bersatu keluar daripada kumpulan ini bukan seorang diri. Tetapi membawa sama penyokong yang berimpak besar.

Contohnya, jika sebelum ini di Asahan, PH peroleh 5,700 undi manakala BN, 5,950. Kekurangan undi di pihak PH ialah 250 undi. Pada masa PRU-14 itu juga ada pihak ketiga iaitu Pas yang meraih 1,600 undi

Akibat Bersatu keluar dari PH menyebabkan ada jumlah undi yang diheret bersama, mungkin 1,500. Jumlah 1,500 undi ini tidak membawa manfaat kepada PH hari ini. Jadi, secara jelas, jarak atau jurang perbezaan antara BN dan PH tambah melebar. Kalau dulu 250 undi, BN kekal 5,900 undi dan PH berkurangan 4,500. Jadi, ada 1,400 undi yang perlu ditambah supaya kedudukan menyamai BN. Itu sebabnya jentera perlu ‘mengira-gira’ di manakah boleh diraih 1,400 undi yang hilang disebabkan keluar Bersatu dari PH.

Kalau dari konteks pertandingan tiga penjuru waktu ini, semua kawasan mengalami demografi sama. Maknanya, jika PH dijadikan subjeknya, kehilangan sejumlah undi itu perlu dicari dan ditambah. Ia bukan mudah, sama ada terpaksa dicari daripada pengundi gabungan Pas-Besatu atau UMNO atau daripada sumber lain. Paling payah nak cari dari luar, lebih-lebih lagi dalam kekangan pandemik Covid-19 dan SOP kempen yang ketat.

Walaupun ramai mengatakan tiga penjuru memberi kelebihan kepada PH untuk menang selesa, tetapi kalau lakukan ‘berkira-kira’ tadi, tidaklah sedemikian seperti digambar.

Lebih-lebih lagi sekiranya ada parti menggunakan sentimen perkauman. Contohnya, ada kawasan majoriti Melayu membabitkan pertembungan antara PH dan BN berlainan kaum. Dan parti ketiga pula masuk dengan sentimen kaum. Contoh di DUN Klebang, antara PKR (calon Cina) dan BN (juga Cina) manakala PN menampilkan calon Melayu dari Pas ketika demografi pengundi Klebang 64 peratus Melayu.

Apabila ada ‘kad perkauman’ begini, terpaksalah jentera parti berhati-hati disebabkan khuatir pengundi dipengaruhi sentimen kaum atau keturunan.

Sama ada PRN Melaka ini baik untuk PRU-15, ia akan menjadi template untuk pilihan raya diadakan di musim Covid. Contohnya, PRN Sarawak yang bakal mendatang. Dan berapa kali anda ditahan, diambil kenyataan kerana isu kompaun, misal kata RM4,000 hanya kerana pakai baju berlogo parti, ini semua akan jadi sindiran oleh pihak-pihak yang tertekan, “orang itu tak kena, awak kena.”

Memperkatakan soal siapa menang, kalah dalam PRN Melaka, saya tergolong kepada yang suka melihat orang Melayu sebagai populasi majoriti untuk memimpin terus.

Dan diikut dengan keadilan kepada masyarakat lain.

Barulah kita dapat menyemarakkan semangat untuk memajukan negara dalam tahap akan datang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN