ADA beberapa faktor yang boleh menyebabkan komunikasi lisan tidak berkesan. Salah satunya ialah bahasa. Apabila bahasa digunakan oleh satu pihak tidak difahami pihak lagi satu, maka proses komunikasi tersebut gagal. Apabila dua pihak dari satu kumpulan besar tidak dapat berkomunikasi dengan berkesan, perlahan-lahan ia boleh menimbulkan konflik dalam kalangan mereka. Salah faham, kontroversi dan prasangka negatif mudah tercetus manakala hubungan semakin renggang dan ketegangan mudah tercetus. Kita aplikasikan komunikasi lisan…










