BARU-BARU ini, saya berbual dengan Koh Yok Hwa, rakan keturunan Teochew yang berasal dari Yong Peng, Johor. Perbualan kami turut berlegar sekitar sistem Kangchu yang pernah popular dalam kalangan peladang kaum Cina di Johor pada 1850-an. Saya pernah membaca sedikit mengenai sokongan Sultan Abu Bakar kepada peladang Cina semasa di sekolah dahulu. Perbualan dengan Koh Yok Hwa menimbulkan minat untuk mengetahui lebih mendalam dan menyeluruh perihal budaya dan komposisi sosiopolitik baharu yang muncul menerusi sistem itu. Kita biasa mendengar tentang ‘kongsi’ yang popular dalam kalangan pelombong bijih timah keturunan Hokkien,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya